Pastikan Pembersih Wanita Anda Mempunyai 3 Ciri-ciri Ini!

Pastikan Pembersih Wanita Anda Mempunyai 3 Ciri-ciri Ini!

Terdapat beberapa kriteria yang kita ada apabila membeli produk peribadi, sama ada ia produk penjagaan kulit, syampu/perapi rambut, ataupun pembersih wanita. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, pasti akan membuat kajian terlebih dahulu dan membeli produk yang semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya. Jika mempunyai kulit kering, pasti akan membeli produk yang melembapkan untuk menghidratkan kulit kita. Pilihan produk peribadi anda sangat penting kerana seandainya tidak sesuai, berkemungkinan kulit bertindak balas dengan teruk dan menyebabkan kerengsaan atau keradangan. Untuk pembersih wanita, kita perlu lebih berhati-hati kerana Miss-V  adalah sangat sensitif!

Keputihan dan ruam pada bahagian intim boleh menyebabkan kegatalan ataupun ketidak selesaan untuk semua wanita. Walaupun Miss-V mampu membersih diri sendiri, ia merupakan bahagian intim wanita yang sensitif dan perlu dicuci secara rutin untuk mengekalkan kesegaran dan kesihatannya.

Apakah kriteria ataupun ciri-ciri penting yang perlu kita perhatikan apabila membeli pembersih wanita?

  • Diuji Oleh Pakar Dermatologi
  • Pastikan pembersih wanita anda telah diuji oleh pakar dermatologi dan diperakui selamat untuk kulit dan berkesan. Untuk wanita yang mempunyai kulit sensitif, anda mesti memastikan kriteria ini dipenuhi. Sebaiknya, pastikan semua produk peribadi anda telah diuji oleh pakar dermatologi. 

  • Kandungan Semula Jadi Tanpa Bahan Kimia Berbahaya
  • Pastikan anda menyemak bahan kandungan pembersih wanita anda dengan teliti sebelum membuat pembelian. Jikalau produk anda mengandungi pewangi, paraben, SLS, ataupun bahan merengsa, sudah tiba masanya untuk anda bertukar kepada pembersih wanita yang lain. Pembersih wanita yang baik mampu membersihkan kawasan intim anda dengan lembut, melegakan ketidakselesaan, kegatalan dan mengurangkan keputihan yang busuk serta mengekalkan keseimbangan pH di kawasan intim tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

  • Produk Disahkan HALAL
  • Kriteria ini paling penting untuk semua wanita Muslim! Pastikan pembersih wanita anda telah disahkan HALAL oleh JAKIM. Produk HALAL menunjukkan produk itu menepati kriteria bahan-bahan formulasi yang dibenarkan serta selamat diguna oleh kaum Muslim.

    Susah nak cari pembersih wanita yang mempunyai 3 ciri-ciri penting ini? Tak susah lah! 

    Smelly No More 4-in-1 Daily Feminine Wash ialah pembersih wanita khas dibuat untuk mencuci alat sulit wanita. Dirumus dengan empat jenis ekstrak tumbuhan semulajadi, produk Total Image berkesan untuk menghilangkan bau tidak menyenangkan sambil mengekalkan bahagian intim dalam keadaan baik dan sihat. Pembersih wanita Total Image juga mengandungi prebiotik untuk mengekalkan keadaan kulit yang baik. Selain sesuai untuk kulit sensitif, produk ini juga boleh digunakan semasa haid dan menopause. Paling penting, produk ini juga telah diuji secara dermatologi agar selamat untuk semua jenis kulit dan disahkan HALAL oleh JAKIM.

    Cara penggunaan pembersih wanita Total Image juga sangat mudah. Pertama sekali, tuangkan sedikit produk pada tapak tangan. Urutkan produk di bahagian intim luaran anda dengan lembut. Akhir sekali, bilas dengan air. Itu je! Rutin  mudah kan? Anda boleh dapatkan produk pembersih wanita Total Image pada harga RM19.90 untuk 200ml di mana satu botol boleh bertahan kira-kira 3 bulan. Beli di sini.

    RELATED ARTICLES

    Leave a comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    Please note, comments must be approved before they are published