Collagen

Masih Tercari-Cari Produk Kecantikan Paling Berkesan Dan Selamat Digunakan?

Masih Tercari-Cari Produk Kecantikan Paling Berkesan Dan Selamat Digunakan?

Boleh dikatakan semua wanita ingin memiliki kulit yang putih, gebu dan sihat. Keserian dan kesihatan kulit akan merosot apabila umur semakin meningkat, perkara ini menjadi kebimbangan utama pada kebanyakan para wanita. Sebab itulah ramai diantara mereka masih lagi tercari-cari produk yang benar-benar berkesan untuk mengekalkan keremajaan kulit.

Bukan mudah untuk memilih produk kecantikan paling berkesan jika anda tidak membuat penilaian tentang kandungan dan keberkesanannya terlebih dahulu. Seperti mana yang anda tahu, terlalu banyak produk kecantikan kulit yang boleh didapati di pasaran. Sebelum membuat keputusan untuk membeli, fahami dahulu jenis-jenis nutrisi yang dapat mempengaruhi warna dan tekstur kulit anda.

 

Apakah yang anda faham tentang kolagen?

Kolagen adalah sejenis protein yang menyumbangkan banyak kelebihannya pada badan kita. Selain dari mengekalkan keremajaan kulit kolagen juga berupaya untuk menguatkan tulang, otot dan tendon. Untuk pengetahuan anda, penghasilan kolagen oleh tubuh akan semakin merosot apabila umur semakin meningkat.

Menurut kajian, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1.5% setiap tahun selepas mencapai umur 25 tahun. Sebab itu kita disarankan mengambil makanan tambahan yang berunsurkan kolagen lebih awal untuk mengekalkan keremajaan kulit dan kekuatan badan. Berikut adalah antara kelebihan-kelebihan kolagen yang perlu anda tahu:

 

1. Mengurangkan tanda-tanda penuaan

Disebabkan oleh faktor peningkatan umur, pembentukan kedut dan garis halus pada kulit semakin hari semakin jelas. Itu adalah tanda-tanda susutnya penghasilan kolagen oleh tubuh badan anda. Untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengambil makanan tambahan yang berunsurkan kolagen.

2. Menjadikan kulit lebih anjal dan gebu

Fungsi kolagen sebagai anti-penuaan berkemampuan untuk menganjalkan dan meningkatkan keserian kulit. Bukan sekadar itu sahaja, ia juga mampu untuk menjadikan kulit anda lebih halus dan gebu.

3. Tekstur kulit lebih lembut dan sekata

Pencemaran udara dan tekanan mental menjadi penyebab utama kulit anda semakin kusam dan kasar. Untuk mengembalikan kelembutan dan keanjalan kulit, kolagen memainkan peranan penting sebagai anti-penuaan untuk mengatasi masalah kulit yang tidak berseri.

4. Kebaikan kolagen untuk sendi dan tulang

Menurut kajian yang telah dilaksanakan di Jerman, pengambilan kolagen secara berterusan selama 90 hari boleh mengurangkan rasa sakit yang disebabkan oleh artritis. Tulang rawan pada sendi telah mengalami kerosakan kerana kekurangan jumlah kolagen pada badan. Oleh itu, anda disarankan mengambil kolagen tambahan untuk mengurangkan kesakitan pada sendi yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia.

5. Proses penyembuhan yang lebih pantas

Sekiranya anda kurang mengambil kolagen, proses penyembuhan luka agak perlahan. Berbanding dengan proses penyembuhan luka yang dialami oleh seseorang yang mengambil kolagen tambahan, proses penyembuhan luka dan pembentukan tisu yang baru akan berlaku dengan lebih pantas.

6. Mencegah keguguran rambut dan kuku rapuh

Sekiranya anda mengalami masalah keguguran rambut atau kuku yang rapuh bermakna badan anda kekurangan kolagen. Selain dari faktor peningkatan usia, jumlah pengambilan air yang kurang juga penyebab masalah ini.

 

Ramai diantara wanita di luar sana mengamalkan cara menjaga kulit muka yang tidak betul. Mereka hanya bergantung pada produk pembersihan kulit muka sahaja tanpa mengambil kolagen sebagai makanan tambahan.

Kolagen bukan sahaja berfungsi untuk mencantikkan kulit muka, ia juga berfungsi untuk mencantikkan kulit di seluruh badan. Pengambilan kolagen dapat mengembalikan keremajaan dan keanjalan kulit anda.

 

Produk kolagen yang terbaik dan berkesan untuk anda

Sekiranya anda masih belum menemui produk kolagen terbaik untuk meningkatkan kecantikan dan keserian kulit, dua jenis produk terunggul Total Image ini adalah pilihan yang terbaik untuk kulit anda. Tidak perlu khuatir, kedua-dua jenis kolagen ini mendapat pengiktirafan HALAL dari Islamic Services of America:

 

Total Image Collagen

Makanan tambahan anti-penuaan yang mampu untuk mengembalikan keanjalan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan keserian pada kulit anda. Produk ini mengandungi “Pure Hydrolyzed Collagen” yang mempunyai kadar penyerapan lebih pantas dan efektif kerana saiz molekulnya yang lebih halus. Ia juga merupakan antara kolagen yang paling berkesan dan efektif.

 

 

Total Image Collagen Plus

Collagen Plus adalah versi tambahan dari produk Collagen. Sekiranya anda mencari makanan tambahan yang mengandungi Vitamin C untuk kulit putih gebu, Collagen Plus adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Bukan sekadar Vitamin C, ia juga mengandungi Vitamin E dimana kedua-duanya adalah vitamin yang bergred tinggi. Penambahan Vitamin C dan E adalah untuk meningkatkan penghasilan kolagen dan melindungi kulit dari sinaran UV.

 

 

 

Langkah mencegah kehilangan kolagen dalam badan

Untuk mengekalkan keremajaan kulit dan kekal cantik disamping anda mengambil Total Image Collagen dan Collagen Plus, ada beberapa pantang larang yang perlu anda ikuti untuk mencegah kehilangan sejumlah kolagen pada badan. Berikut adalah beberapa faktor yang dimaksudkan:

 

1. Gula berlebihan boleh merosakkan struktur kolagen

Pengambilan gula secara berlebihan akan menyebabkan darah bergabung dengan protein untuk membentuk satu molekul baru yang dikenali sebagai Advanced Glycation End Products (AGE) yang boleh menyebabkan struktur kolagen menjadi lemah dan rapuh. Hasilnya, kulit menjadi lebih cepat kendur dan kedutan lebih jelas kelihatan.

2. Rokok penyebab musnahnya kolagen pada kulit

Merokok boleh menjejaskan keanjalan kulit dan menyempitkan saluran darah di lapisan luar kulit. Nikotin adalah penyebab utama salur darah semakin sempit dan menyukarkan proses penghantaran oksigen dan nutrisi pada kulit. Ia juga boleh mendorong pada penurunan tahap estrogen anda.

3. Pelihara kulit dari pancaran matahari

Sinaran UV boleh mendorong pada pemecahan kolagen yang banyak dan menyebabkan elastin tidak normal berkumpul untuk membentuk parut solar. Ini kerana sinar UV boleh menembus jauh kedalam kulit dan dalam masa yang sama akan merosakkan struktur-struktur kolagen.

 

Kehilangan kolagen pada usia yang semakin meningkat adalah lumrah. Untuk kekalkan jumlah kolagen yang ada pada badan, makanan tambahan seperti Total Image Collagen dan Collagen Plus perlu diambil untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan kelihatan muda. Disamping anda jauhi faktor-faktor yang boleh merosakkan struktur kolagen di bahagian dalam lapisan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *