Articles, Collagen, Whitening

Mana lebih bagus? Glutathione atau Kolagen?

Glutathione vs Kolagen

Bila berbicara mengenai penjagaan kulit, secara automatiknya semua akan merebut peluang untuk memberi pendapat mengenai suplemen kecantikan, tip penjagaan kulit, masalah kulit dan sebagainya. Suplemen Glutathione dan Kolagen adalah antara yang paling terkenal dan sering dicadangkan dalam regimen penjagaan kulit. Cuba anda membuat carian di Google, pasti kedua-duanya mempunyai kebaikan tersendiri dan boleh memberi penyelesaian masalah kulit.

 

Apakah itu Glutathione?

Jika impikan kulit yang cerah berseri, penyelesaiannya – Glutathione. Suplemen ini sememangnya terkenal dengan fungsi pencerahan kulit di dalam dunia kecantikan dan kosmetik. Glutathione adalah sejenis antioksidan yang mencegah kerosakan oksidatif sel kulit. Kekurangan Glutathione adalah satu mimpi buruk dan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang menjejaskan sel kulit kita. Kulit akan nampak kusam, gelap dan lesu.

Apabila glutathione teroksida, ia akan menjadi L-glutathione yang menghalang sintesis melanin (proses perlindungan semula jadi yang menjadikan kulit gelap). Selepas pengunaan Glutathione, lapisan kulit lebih tua dengan melanin yang berlebihan akan diperbaharui dengan lapisan kulit baru yang lebih cerah dan berseri – seputih salji! Bukan itu saja, suplemen Glutathione juga dapat membantu sel-sel kulit lebih sihat dan menjadikan penampilan kulit lebih cantik.

 

Manfaat Glutathione:

  • Memperbetulkan metabolisma melanin dengan menjadikan pigmentasi gelap (eumelanin) kepada pigmentasi cerah (pheomelanin).
  • Menggalakkan sintesis pheomelanin untuk mencerahkan kulit.
  • Mengurangkan aktiviti tyrosinase & sintesis eumelanin untuk mencegah pigmentasi gelap.
  • Mencerahkan kulit gelap dan punca-puncanya seperti tanda jerawat gelap, bintik hitam, pigmentasi dan bintik-bintik umur.
  • Menjadikan kulit lebih putih, berseri & sihat.

 

Apakah itu Kolagen?

Suplemen Kolagen pula adalah pencegah simptom penuaan dalam dunia kesihatan dan kecantikan. Kolagen sememangnya terkenal di Malaysia kerana ia menjadikan kulit lebih tegang dan lebih muda. Kolagen adalah protin yang sangat penting kerana ia menghubungkan tisu-tisu yang terdapat dalam tendon, ligamen, tulang, dan kulit kita. Inilah sebabnya mengapa suplemen kolagen sangat berkesan dalam merawat bukan hanya simptom penuaan kulit tetapi juga gejala penuaan seluruh badan. Kebanyakan kolagen untuk produk kulit kecantikan diambil sebagai bentuk hidrolisis untuk penyerapan lebih mudah dan hasil yang lebih efektif dan cepat. Kebanyakkannya didatangi dalam bentuk pil suplemen atau sebagai minuman Kolagen.

 

Manfaat Kolagen:

  • Menegangkan dan mengekalkan daya ketahanan kulit muda
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus
  • Mengurangkan kulit kendur
  • Mengurangkan lingkaran gelap mata
  • Melembapkan kulit – kulit lembut dan sihat
  • Melicinkan dan memperbaiki tekstur kulit
  • Meningkatkan pengeluaran Kolagen dengan Vitamin C
  • Melindungi sel kulit daripada kerosakan radikal dengan Vitamin E

 

Glutathione vs. Kolagen. Yang mana lebih baik?

Penentuan suplemen kecantikan berdasarkan keperluan kulit dan kesihatan anda.

Memilih suplemen penjagaan kulit bukannya berdasarkan anda suka atau tidak tetapi keperluan dan kesihatan kulit anda. Jika anda ingin mencerahkan bekas jerawat, jeragat dan masalah pigmentasi gelap yang lain, termasuk pencegahan risiko kanser, suplemen yang dicadangkan adalah Glutathione. Jika fokus anda adalah masalah penuaan kulit dan ingin mempunyai kulit yang sihat dan daya ketahanan yang tinggi, gunalah suplemen Kolagen. Penggunaan kedua-dua suplemen sudah tentu lebih baik kerana dengan manfaat kedua-dua suplemen ini, anda boleh mencegah kulit gelap dan memperlahankan penuaan dalam masa yang sama.

 

Soalan Lazim:

  1. Bolehkah saya mengambil Glutathione dan Kolagen pada masa yang sama?

Ya, anda boleh mengambil Glutathione dan Kolagen pada masa yang sama. Adalah dinasihatkan mengambil Kolagen sebelum makan dan glutathione selepas makan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

  1. Adakah terdapat kesan sampingan untuk penggunaan Glutathione dan Kolagen?

Kesan sampingan untuk mengambil suplemen Kolagen dan Glutathione tidak diketahui pada masa ini. Jika anda mengalami sebarang simptom, sila berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang kesihatan dan kulit anda. Sebagai langkah keselamatan, wanita hamil dan ibu yang sedang menyusu tidak digalakkan untuk mengunakan kedua-dua suplemen ini.

 

  1. Bolehkah Kolagen membersih kulit Saya?

L-Glutathione membantu mencegah dan mengurangkan pengeluaran melanin dalam badan yang mengakibatkan tona kulit gelap. Kolagen, sebaliknya, adalah sejenis protin yang memegang tisu untuk meningkatkan keanjalan dan ketegangan kulit. Ia sebenarnya tidak membantu dalam pencerahan kulit tetapi kerana ia membuat kulit kelihatan muda, kulit menjadi lebih sihat dan berseri.

 

  1. Bolehkah saya mengambil Glutathione, Kolagen dan suplemen lain seperti Vitamin C pada masa yang sama?

Ya, anda boleh mengambil Glutathione, Kolagen dan suplemen lain seperti Vitamin C pada masa yang sama untuk kesan sinergi. Namun, tiada kontradiksi antara suplemen jika diambil bersama-sama. Sentiasa berunding dengan pakar kesihatan dan penjagaan kulit jika anda mempunyai sebarang keraguan.

 

  1. Berapa umur yang disyorkan untuk mengambil suplemen Glutathione dan Kolagen?

Kadar Glutathione dan Kolagen dalam tubuh manusia berkurangan seiring usia, biasanya selepas usia 20 tahun. Jadi, anda boleh memulakan suplemen ini seawal 20 tahun untuk memastikan kulit anda kelihatan muda, tegang, cerah dan berseri.

2 thoughts on “Mana lebih bagus? Glutathione atau Kolagen?

  1. Karistie says:

    Berapa lama masa yang diambil Untuk kulit kita menjadi putih berserk apabila memakan Glutathione?

    1. Mei Mei says:

      Hi, anda digalakkan ambil sekurang-kurang 3 bulan untuk kesan yang ketara. Kesan produk mungkin berbeza di kalangan individu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *