Body Odour

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Efektif Dan Mudah

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Efektif Dan Mudah

Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Efektif Dan Mudah

Berpeluh adalah lumrah bagi kita semua, tetapi bau badan yang disebabkan oleh peluh bukanlah perkara biasa terutama sekali pada bahagian ketiak. Kita perlu atasi masalah bau ketiak dengan segera supaya badan kita sentiasa terasa segar. Juga sebagai satu inisiatif untuk mencegah orang sekeliling dari merasa tidak selesa dengan kehadiran bau badan kita.

Apabila melakukan aktiviti harian yang aktif, ditambah pula dengan cuaca panas terik. Agak mustahil bagi kita untuk tidak berpeluh dengan banyak. Sudah tentu kita akan risau dengan bau badan yang bakal muncul terutama sekali di bahagian ketiak.

Persoalannya, bagaimanakah cara menghilangkan bau ketiak?

Sememangnya cabaran besar bagi kita semua untuk mencegah badan dari berpeluh dengan cuaca panas lembab di negara ini. Sebab itu kita perlu teliti tentang beberapa perkara untuk mengelakkan bau ketiak muncul selepas berpeluh dengan banyak. Berikut adalah faktor yang perlu anda teliti:

 

1. Penggunaan pakaian yang bersih

Kebanyakan punca bau badan disebabkan oleh pakaian yang tidak dicuci dengan betul. Bakteria yang melekat pada pakaian terutama sekali pada bahagian ketiak masih berada di situ. Inilah penyebab utama ketiak cepat berbau walaupun kita menggunakan pakaian yang baru sahaja dibasuh.

Selain itu, ramai juga diantara kita yang gemar memakai baju atau seluar yang sama 2-3 kali sebelum dibasuh. Setiap pakaian yang telah dipakai sepatutnya dibasuh dengan segera kerana peluh berserta bakteria telah melekat pada pakaian tersebut. Semakin kerap anda memakai pakaian yang sama tanpa dibasuh, semakin kuat bau busuk yang akan terhasil.

 

2. Menggunakan sabun mandi antibakteria

Pemilihan sabun mandi juga penting untuk membasmi bakteria-bakteria yang terkumpul pada setiap bahagian anggota badan. Penggunaan sabun mandi jenis antibakteria sangat disyorkan bagi mereka yang aktif dan kuat berpeluh.

 

3. Kerap menggantikan tuala mandi yang bersih

Agak sia-sia apabila anda menggunakan sabun mandi jenis antibakteria tetapi bakteria yang baru pula melekat pada tubuh disebabkan olah tuala mandi yang telah lama tidak ditukar. Bakteria memang sukakan kelembapan, sebab itu kebanyakan bakteria mudah terkumpul pada permukaan tuala yang lembab.

Pastikan tuala mandi kita diganti selepas 3-4 kali penggunaan dan elakkan dari menggunakan tuala mandi yang basah berulang-kali.

 

Adakah cara hilangkan bau badan juga sama seperti di atas?

Badan yang berbau melibatkan beberapa anggota seperti leher, dada, belakang lutut, kaki dan semestinya juga pada ketiak. Cara mencegah pembentukan bakteria masih sama seperti faktor di atas, cuma ada beberapa penyebab lain yang menjadikan badan kita berbau lebih busuk dari orang lain. Berikut adalah beberapa cara hilangkan bau badan yang boleh anda ikut:

 

1. Ubah cara pemakanan harian kita

Sistem perkumuhan dan bau badan memang berkait rapat, makanan harian yang kita ambil mempengaruhi bau badan yang terhasil. Untuk mengelakkan penghasilan bau yang tidak selesa, cuba elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berbau kuat seperti bawang, makanan segera dan makanan yang mengandungi bahan kimia berlebihan.

Pengambilan makanan pedas dan kari juga adalah penyumbang besar pada penghasilan peluh yang banyak. Semakin banyak peluh terhasil, semakin mudah badan kita terdedah pada bakteria yang menjadi punca bau badan.

Kurangkan juga pengambilan makanan yang mempunyai kandungan lemak dan minyak yang tinggi. Ia boleh mendorong pada penghasilan peluh berlebihan. Sememangnya mudah untuk bakteria merebak pada kulit dan manghasilkan bau yang tidak selesa.

 

2. Kurangkan atau berhenti merokok

Selain itu, merokok juga menjadi penyumbang pada masalah bau badan. Tembakau yang terdapat di dalam rokok adalah punca penghasilan peluh yang berbau busuk. Kadang-kala bau ini akan melekat pada badan berminggu-minggu lamanya. Untuk kurangkan bau badan, pengambilan rokok perlulah dikurangkan atau sebaik-baiknya berhenti terus dari merokok.

 

3. Jangan lupa! Rambut juga adalah penyumbang pada bau yang tidak selesa

Peluh yang keluar dari kulit kepala bukanlah penyebab rambut kita berbau busuk tetapi bakteria yang melekat pada rambut menjadi punca utama masalah ini. Kelebatan dan panjang rambut menjadi faktor utama terjadinya bau yang tidak menyenangkan.

Jadi, untuk atasi masalah ini kita perlu kerap syampu rambut ketika mandi untuk membasmi bakteria yang melekat pada setiap helaian rambut. Selepas bilas, keringkan rambut dengan tuala yang bersih agar pengumpulan bakteria yang baru tidak terhasil.

 

Pernah dengar tentang natural deodorant?

Natural deodorant adalah deodorant yang tidak mempunyai bahan kimia tambahan seperti alkohol dan sebagainya. Ia dihasilkan dari garam mineral semulajadi yang mana sifatnya tidak berbau dan tidak melekit/berminyak. Penggunaan deodorant ini boleh menghalang penghasilan peluh berlebihan di samping mencegah pembentukan bakteria pada badan yang menjadi penyebab bau badan tidak menyenangkan.

Untuk pengetahuan anda, deodorant jenis ini sebenarnya 300% lebih berkesan dari deodorant biasa yang terdapat di pasaran. Ia bukan sahaja sesuai digunakan pada bahagian ketiak, malah amat sesuai digunakan pada bahagian anggota badan lain yang mudah berpeluh. Antara bahagian tubuh badan yang mudah berpeluh adalah seperti leher, kaki dan juga kawasan belakang lutut.

 

Smelly No More Natural Deodorant pilihan terbaik untuk anda!

Untuk pengetahuan anda, Total Image mempunyai produk natural deodorant yang dikenali sebagai Smelly No More. Ia diperbuat dari garam mineral semulajadi yang mampu untuk menghalang pembentukan bakteria pada bahagian tubuh yang mudah berpeluh seperti ketiak, leher, kaki dan kawasan belakang lutut.

Smelly No More tidak mengandungi alkohol dan wangian. Penggunaannya tidak melekit/basah, juga tidak akan meninggalkan kesan pada pakaian. Antara kelebihan penting Smelly No More, ia tidak akan menggelapkan kulit malah ia selamat digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

 

SNM 60g - Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Smelly No More 60g

Penggunaan Smelly No More 60g ini mampu bertahan sekurang-kurangnya 3 bulan hanya pada harga pasaran RM16.90, sememangnya dapat menjimatkan wang anda.

Hanya perlu basahkan sedikit pada hujung kristal dan sapukan dengan rata pada bahagian yang mudah berpeluh atau berbau. Sesuai digunakan pada ketiak, leher, kaki, kawasan belakang lutut ataupun mana-mana bahagian tubuh anda yang mudah berbau.

 

 

SNM 120g - Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Smelly No More 120g

Fungsinya masih sama seperti Smelly No More 60g, cuma saiznya sahaja lebih besar. Penggunaannya mampu bertahan sehingga 6 bulan atau lebih hanya pada harga pasaran RM24.90. Sesuai untuk mereka yang inginkan penjimatan lebih kerana harganya rendah dari seunit Smelly No More 60g.

 

 

SNM Spray - Cara Menghilangkan Bau Ketiak

Smelly No More Deodorant Spray 75ml

Natural deodorant jenis ini bukan sahaja sesuai digunakan pada anggota badan tetapi ia juga senang digunakan pada pakaian, tudung, stokin dan bahagian dalam kasut. Penggunaan spray ini mampu untuk menghalang pembentukan bakteria yang menjadi penyebab bau busuk pada fabrik yang anda pakai.

Kandungan spray ini masih sama seperti 2 jenis natural deodorant di atas, cuma bentuk kristal garam mineralnya sahaja dijadikan dalam bentuk cecair. Dengan formulasi yang berasaskan semula jadi dan air, ia juga membantu melegakan tumit merekah yang disebabkan oleh kulit kering atau jangkitan bakteria.

Harga pasaran Smelly No More deodorant spray adalah RM27.90 dan ia boleh bertahan sehingga 3 bulan untuk penggunaan sebanyak 3 kali spray, 2 kali setiap hari.

 

2 thoughts on “Cara Menghilangkan Bau Ketiak Dengan Efektif Dan Mudah

  1. Norazlinda says:

    Dimana boleh saya dapatkan produk ini

    1. chien says:

      Hi, Smelly No More terdapat di Watsons, Guardian, Caring & semua farmasi utama seluruh negara. Anda juga boleh beli secara online di https://www.totalimage.com.my/product-category/deodorant/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *