Articles, Slimming

4 Cara Kempiskan Perut Dalam Masa Sebulan!

4 Cara Kempiskan Perut

4 Cara Kempiskan Perut Dalam Masa Sebulan!

Tahukah anda masalah untuk mengempiskan perut buncit merupakan pengalaman yang sangat menakutkan bagi golongan Adam ataupun golongan Hawa? Perut buncit bukan sahaja menjejaskan penampilan, namun juga berbahaya terhadap kondisi kesihatan secara umum. Masalah perut buncit sering timbul akibat perut berangin, pengumpulan toksin dalam kolon, gemuk air, sembelit atau lemak berlebihan di bahagian perut.

Oleh itu, pembentukan lemak di bahagian perut haruslah dihapuskan agar kesan-kesan negatif yang terselindung di sebalik perut buncit dapat dielakkan. Sedangkan enjin kereta pun kita perlu servis dari masa ke semasa, inikan pula badan manusia. Jom ketahui lebih lanjut cara kempiskan perut buncit anda secara efektif dan mula amalkannya dari sekarang!

 

1) Masukkan yoga dalam rutin senaman

Jika seseorang itu memaksa diri sendiri untuk melakukan kardio selama berjam-jam, maka senaman yoga merupakan substitusi yang paling sesuai. Hal demikian kerana yoga merupakan salah satu cara hilangkan perut buncit dan ia sememangnya berkesan.

Menurut kajian tahun 2012 yang dikeluarkan oleh Jurnal Masyarakat Menopaus Utara Amerika, perubahan yang ketara dapat ditunjukkan dalam mengurangkan lemak apabila seseorang itu melakukan yoga selama 16 minggu. Oleh itu, masukkan yoga dalam rutin senaman anda dan semestinya ia adalah cara hilangkan perut buncit yang berkesan!

 

2) Dapatkan tidur selama 8 hingga 9 jam

Sebagai mana pentingnya bersenam, tidur yang cukup juga merupakan salah satu cara yang efektif untuk kurangkan berat badan. Kajian menunjukkan jika seseorang itu tidak mendapat tidur yang mencukupi, kadar hormon Ghrelin mereka akan meningkat dan tahap hormon Leptin dalam badan akan jatuh menjunam.

Hakikatnya, keaadaan ini akan menyebabkan seseorang itu cepat lapar dan tidak merasa kenyang semasa menjamu selera. Ini juga akan menyebabkan seseorang itu mudah tergoda untuk mengisi perut yang lapar pada lewat malam. Selain itu, pembentukan lemak di sekeliling organ akan berlaku sekiranya seseorang itu tidak mendapat waktu tidur sekitar 8 ke 9 jam sehari.

 

3) Pemilihan Makanan Yang Betul

Senaman amat penting dalam proses mengempiskan perut buncit. Jika hanya bergantung pada senaman semata-mata tanpa mengawal pemakanan, ia adalah satu usaha yang sia-sia. Kajian mendapati seseorang yang hanya bersenam tanpa mengawal pengambilan makanan yang betul akan menyebabkan berat badan sukar untuk diturunkan malah berat badan akan makin bertambah. Hal ini terjadi disebabkan oleh nafsu makan yang tidak terkawal dan hanya berasa kenyang untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Dengan ini, pengambilan protein dalam menu pemakanan anda merupakan salah satu cara hilangkan lemak di perut dan ia amat berkesan. Kajian juga telah membuktikan bahawa diet protein boleh membantu untuk mengurangkan keinginan makan seseorang itu sehingga 60% dan dapat meningkatkan metabolisme tubuh badan sehingga mampu untuk membakar 80-100 kalori sehari.

Jadi, mulakan pengambilan lebih banyak sumber protein seperti telur, daging, ikan, ayam dan susu dalam menu harian anda. Tambahan pula, jangan anda lupa untuk memasukkan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam senarai sajian harian anda bagi mengekalkan metabolisma badan!

 

4) Dapatkan S Tummy Dalam Rutin Harian

Ramai di antara kita yang mengalami masalah berat badan telah membuat keputusan untuk mengambil jalan pintas untuk mengatasi masalah perut buncit dengan cara yang tidak digalakkan. Untuk mendapat bentuk badan idaman, seseorang itu sanggup membeli pil-pil kurus yang terdapat di pasaran tanpa usul periksa kandungan dan label pengesahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Antara kesan buruk pengambilan pil kurus yang tidak mendapat kelulusan adalah risiko keracunan dan kemudaratan pada organ-organ dalaman. Tidak seperti produk pil kurus lain, S Tummy merupakan pil kurus yang terbukti berkesan dan juga selamat digunakan kerana ia diperbuat daripada herba semulajadi seperti Radix Aucklandia Lappa, Radix Rheum Palmatum, Aloe Vera extract, Sennae leaf extract dan Radix Scutellaria Baicalensis. Anda digalakkan untuk mengambil dua kapsul S Tummy setiap hari selepas makan.

Untuk keputusan yang dinanti-nantikan, dapatkan 2 kapsul S Tummy selepas makan tengah hari dan 2 kapsul selepas makan malam. Selain mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan sijil Halal dari JAKIM, S Tummy juga merupakan salah satu cara hilangkan lemak di perut yang paling mudah, selamat dan efektif! Dapatkan produk S Tummy sekarang dengan HARGA EKSKLUSIF (BELI 2 PERCUMA 1) DI SINI sekarang untuk mengembalikan badan langsing anda yang diidam-idamkan.

Sekiranya anda di antara ribuan rakyat Malaysia yang masih tercari-cari pil kurus paling berkesan dan selamat, janganlah ragu-ragu untuk mencuba produk S Tummy. Ini kerana kelebihan produk S Tummy bukan sekadar untuk mengempiskan perut tetapi juga untuk meningkatkan kadar metabolisma yang bertujuan untuk menghalang pembentukan sel-sel lemak.

Cukup sekadar mempraktikkan apa yang telah dikongsikan. Selain itu, anda juga perlu mempunyai disiplin dan mental yang kuat agar impian untuk memiliki perut yang kempis menjadi kenyataan tidak lama lagi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *